ReCom.org
Portal Page Forum Wiki Social Groups Scholarship Holders Infobase Site Map About
Go Back   ReCom.org > Forum > ReCom Cafe > Education > Scholarships

Scholarships A place to find out about scholarships available for Malaysians

Program Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2011

Reply
 
Thread Tools
frostbyte13
Slightly Senior Member
 
frostbyte13's Avatar
 
Join Date: Apr 2011
Posts: 664
  #1 Old 11-07-2011 Lightbulb Program Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2011

http://esilav2.jpa.gov.my/agong/
Applications(online) are open from 11 July 2011 - 18 July 2011. Below are the following information regarding this program :

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG TAHUN 2011
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

1. Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2011 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang.
2. Keterangan mengenai Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong, syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan boleh diperolehi dengan melayari portal www.jpa.gov.my atau http://esila.jpa.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan.
3. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esila.jpa.gov.my mulai 11 Julai 2011.
4. Tarikh tutup permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2011 adalah pada 18 Julai 2011.
5. Pertanyaan mengenai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853436/ 3892/ 3564 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mail di alamat [email address].

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-Undang. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.
Bilangan biasiswa yang disediakan adalah dua belas (12) biasiswa iaitu enam (6) biasiswa untuk peringkat Sarjana dan enam (6) biasiswa untuk peringkat Kedoktoran setiap tahun.
Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki oleh calon-calon. Di samping itu, kriteria berikut juga diambil kira di dalam pemilihan:

i. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
ii. Prestasi semasa temuduga
Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
iii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
iv. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
v. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
vi. Mendapat tempat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau di universiti terkemuka di dunia.

Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun. Bagi memastikan syarat tersebut dipatuhi, calon yang terpilih dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan. Jika calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian.

Pakej tawaran Biasiswa Yang di-Pertuan Agong menawarkan kadar pembiayaan yang lebih tinggi berbanding Biasiswa Persekutuan yang sedia ada. Sebagai contoh, kadar Elaun Sara Hidup (ESH) bulanan adalah seperti berikut:

NEGARA
KADAR ESH BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG
KADAR ESH BIASISWA PERSEKUTUAN

Amerika Syarikat
USD 1,923.00
USD 1,282.00

United Kingdom
(pounds) 1,639.50
(pounds) 1,093.00

Australia
AUD 2,070.00
AUD 1,380.00

New Zealand
NZD 2,174.00
NZD 1,449.00

Malaysia
RM 1,760.00 (Sarjana)
RM 2,500.00 (Ph.D)
RM900.00
(Sarjana & Ph.D)

Di samping itu, calon-calon yang berjaya juga akan dibayar elaun-elaun lain yang berkaitan. Manakala, yuran pengajian akan dibayar secara terus kepada universiti.

All the best
__________________
Hebrews 6 : 10
"God is not unjust; he will not forget your work and the love you have shown him as you have helped his people and continue to help them."


Psalms 126 : 5
"Those who sow in tears will reap with songs of joy."

Interested in finding me? Add me up facebook

Last edited by frostbyte13; 11-07-2011 at 06:34 AM.
frostbyte13 is offline   Reply With Quote
Reply

Bookmarks

Tags
ivy league, postgraduate studies, scholarships

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Program Biasiswa Ijazah Berkembar Jepun [jad] X-FaR Scholarships 63 23-04-2012 08:29 AM
Info: Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2011 shuwenteo Scholarships 5 11-05-2011 02:51 PM
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2008 Kelolaan Jabatan Perkhidmatan Awam khuanoz Scholarships 14 14-08-2010 08:31 AM
Info: Biasiswa Yang-Dipertuan Agong Kelolaan JPA Redwine2 Scholarships 4 14-08-2010 08:27 AM
Save the Judiciary Petition to the Yang Di Pertuan Agong kintaro_kun Malaysia Today 1 24-10-2007 08:43 PM


All times are GMT +8. The time now is 11:58 AM.


Powered by vBulletin® Version 3.7.6
Copyright ©2000 - 2013, Jelsoft Enterprises Ltd.

ReCom stands for Reborn Community. It has no affiliation with other organizations that may share the same name. The views expressed in this website solely represent the authors point of view and do not necessarily reflect the views of ReCom Anchors and other ReCom users.


 

Page generated in 0.08268 seconds with 15 queries